Perawatan Hepatitis Viral Fulminan


Anda mungkin akan pergi ke unit penjagaan rapi hospital. Rawatan untuk kegagalan hati secara tiba-tiba bergantung kepada punca. Ia juga termasuk daripada Antidotes. Bagi pengetahuan anda, antidotes adalah sejenis ubat yang digunakan untuk mengatasi kesan racun. Jika hati anda tiba-tiba mula merasa gagal dari overdosis acetaminophen, kebiasaanya doktor akan memberi penawar yang dipanggil sebagai N-acetylcysteine untuk mengehentikan kesannya. Ubat ini juga boleh membantu merawat punca kegagalan hati akut.

Selain itu, bagi keterangan si pembaca ada juga ubat yang lain bagi merawat penyakit hepatitis. Kebiasaanya, doktor akan menggunakan ubat antiviral untuk merawat beberapa bentuk hepatitis virus. Sebagai contoh hepatitis B disebabkan oleh hati yang gagal berfungsi, jadi ubat antiviral ini mempunyai keupayaan yang tinggi bagi melawan virus yang dijankiti. Antiviral lain juga boleh membantu jika virus herpes simplex menyebabkan hepatitis fulminan.

Anda juga mempunyai potensi untuk mendapatkan steroid jika hepatitis autoimun adalah penyebabnya. Oleh itu, salah satu caranya ialah dengan melakukan pemindahan hati. Sekiranya rawatan lain tidak dapat menyembuhkan hati anda, anda mungkin memerlukan hati yang baru. Bagi pengetahuan anda, semasa pemindahan hati, seorang pakar bedah menghilangkan hati yang rosak dan menggantikan dengan yang sihat daripada penderma.

Fulminant Viral Hepatitis Symptoms | Malaysia | Red Cover

Meskipun, ada juga doktor yang merawat gejala dan kesan sampingan yang mungkin anda ada. Penjagaan itu mungkin termasuk ubat untuk meredakan tekanan pada otak anda. Salah satu kesan sampingan yang paling serius terhadap kegagalan hati akut adalah pembegkakan di otak. Ini akan menyebabkan cecair lebih banyak bertambah dan menyebabkan tekanan, yang dimana boleh mengakibatkan kerosakan pada otak. Ubat-ubatan tertentu sahaja yang boleh mengurangkan kebengkakan seperti Ribavirin 200mg kapsul. Di samping itu, ujian makmal seperti ujian darah atau kencing akan dilakukan bagi memeriksa jangkitan hepatitis. Hepatitis fulminant menjadikan anda lebih cenderung mendapat jangkitan dalam saluran darah atau saluran kencing seseorang. Ujian darah atau air kencing boleh menemui jangkitan supaya doktor lebih mudah untuk merawatnya.



Antara ubat yang mengelakkan pendarahan seperti asid tranexamic. Hati adalah amat penting bagi melakukan proses bahan kimia yang membantu pembekuan darah dalam badan manusia. Apabila hati seseorang gagal berfungsi. Akibatnya, kemungkinan pendarahan teruk dalam badan anda lebih tinggi. Perubatan boleh membantu mencegah pendarahan. Sekiranya, anda kehilangan banyak darah, anda mungkin memerlukan permindahan darah mengikut kumpulan darah.


Ulasan