PUNCA TERJADINYA HEPATITIS VIRAL  FULMINAN


Hepatitis Viral Fulminan ini adalah satu penyakit berkaitan kegagalan hati yang berlaku kerana sel-selnya rosak dan berhenti untuk bekerja. Perkara ini terjadi disebabkan pengambilan dos ubat yang berlebihan seperti pengambilan ubat Acetaminophen iaitu ubat tahan sakit yang diambil dalam beberapa hari berturut-turut lebih daripada yang telah disyorkan. Selain itu, ubat antibiotik, ubat kanser dan ubat-ubatan lain juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi hati.


differences-between-hepatitis-a-b-c-d-and-e

Jangkitan virus hepatitis juga termasuklah Hepatitis A, B, C, D, dan E yang boleh menyerang fungsi hati dan seterusnya menyebabkan kegagalan hati secara tiba-tiba. Selain virus hepatitis ini, terdapat juga virus lain yang menjadi punca terjadinya Hepatitis Viral Fulminan ini ia adalah Virus Epstein- Barr atau Virus Herpes Simplex. Hepatitis autoimun berlaku apabila sistem imun badan menyerang dan merosakkan sel-sel dan fungsi hati.


Hasil carian imej untuk Sindrom Budd- Chiari


Masalah urat atau penyakit urat di hati yang dipanggil Sindrom Budd- Chiari menyebabkan penyumbatan dan kegagalan hati.  Di samping itu, terdapat sejenis cendawan yang dinamakan 'Cendawan Amanita Phalloides' yang mungkin kelihatan selamat untuk dimakan tetapi sebenarnya ia mempunyai toksin yang sangat kuat yang boleh menyebabkan kerosakan hati.


TANDA & GEJALA :
  • Tubuh badan berasa tidak selesa
  • Keletihan dan lemah
  • Tubuh berasa sakit
  • Berasa loya
  • Penuaan kulit
  • Bebola mata menjadi kekuningan
  • Sentiasa mengantuk
  • Emosi terganggu seperti cepat marah
  • Berlaku pendarahan dan lebam
  • Kebengkakkan pada perut


Ulasan