Bagaimana Hepatitis Didiagnosiskan
Bagaimana Hepatitis Didiagnosiskan
- SEJARAH DAN FIZIKAL
- Pertama doktor akan mengambil sejarah tentang pesakit untuk menentukan sama ada hepatitis itu ada pada pesakit ataupun tidak.
- Semasa doktor melakukan ujian fizikal doktor mungkin menekan perlahan pada perut pesakit untuk melihat jika ada sebarang kesakitan dan keabnormalan.
- Doktor akan membuat pemerhatian pada anggota badan pesakit jika terdapat kekuningan atau dalam bahasa medical jaundice pada mata dan kulit pesakit kerana ia tergolong dalam tanda dan gejala berlakunya hepatitis viral.
2. UJIAN FUNGSI HATI
- Doktor akan mengambil sampel darah untuk menetukan sejauh mana fungsi hati pesakit berkesan
- Jika keputusan darah pesakit tidak normal mungkin ujian ini mungkin merupakan petunjuk pertama bahawa terdapat masalah terutamanya pada pesakit yang tidak menunjukkan sign and symptom ketika ujian fizikal
- Tahap enzim yang tinggi mungkin menunjukkan bahawa hati anda telah rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
3. UJIAN DARAH
- Jika ujian fungsi hati anda tidak normal, doktor mungkin akan mengambil sampel darah semula untuk mengesan masalah.
- Ujian darah ini boleh memeriksa virus yang menyebabkan hepatitis.
- Mereka juga boleh digunakan untuk memeriksa antibodi yang biasa dalam keadaan seperti autoimmune hepatitis.
4. ULTRASOUND
- Ultrasound abdomen menggunakan gelombang ultrasound untuk mencipta imej organ-organ dalam perut anda. Ujian ini membolehkan doktor untuk lihat lebih mendalam tentang hati dan organ yang berhampiran dengannya seperti :
- cecair yang berada pada abdomen
- kerosakkan hati atau pembesaran
- tumor hati
- kelainan pada pundi hempedu
- Kadangkala pankreas juga muncul pada imej ultrasound. Ujian ultrasound boleh menjadi ujian yang berguna dalam menentukan punca fungsi hati yang tidak normal.
5. LIVER BIOPSY
- Biopsy hati adalah prosedur invasif iaitu doktor akan mengambil sampel tisu dari hati pesakit untuk mengenalpasti hepatitis. Ia boleh dilakukan melalui kulit anda dengan jarum dan tidak memerlukan pembedahan .
- Selalunya, ultrasound digunakan untuk membimbing doktor semasa mengambil sampel biopsy.
- Ujian ini membolehhkan doktor menentukan bagaimana jangkitan atau keradangan tersebut berlaku.
Ulasan
Catat Ulasan